Cari @ Amanz

Meizu Pro 5 Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Sekitar Bulan November 2015

Oleh Aman

Link Copied!

Lanjutan daripada pelancaran Meizu, pihak Meizu turut berkongsi mengatakan Meizu Pro 5 ini akan hadir ke pasaran tempatan sekitar penghujung Oktober ini atau pertengahan November kelak.

Meizu Pro 5

Meizu Pro 5

Meizu Pro 5 merupakan telefon pintar pertama daripada Meizu dibawah keluarga Pro, hadir dengan rekaan seumpama Meizu MX5 sebelum ini, tetapi menekankan lagi kepada kualiti binaan yang dibawakan – selain penggunaan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti yang terdapat di Galaxy S6.

Meizu Pro 5 hadir dengan skrin 5.7-inci Super AMOLED dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Exynos 7420, memori dalam pilihan 3GB dan 4GB, serta ruangan storan berasaskan UFS 2.0. Peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM dwi-4G. Untuk rakaman gambar, Meizu Pro 5 membawakan kamera belakang 21-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Harga jualan untuk Meizu Pro 5 di Malaysia dijangka akan diumumkan ketika pelancarannya kelak. Di China, ia dijual pada harga bermula sekitar RM1910.


Komen ()