Instagram Kini Mempunyai Lebih Daripada 400 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Instagram Kini Mempunyai Lebih Daripada 400 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Nampaknya semua produk milik Facebook memperlihatkan peningkatan positif dari segi penggunaan dari bulan ke bulan. Selepas WhatsApp, kini Instagram berkongsi statistik semasa mereka, mengatakan kini mereka mempunyai lebih kurang 400 juta pengguna aktif.

Instagram - Tag Gambar

Instagram sendiri mengatakan kebanyakkan pengguna baru mereka hadir daripada Eropah dan juga Asia – terutamanya daripada Jepun dan Indonesia. Perkongsian angka pengguna ini daripada Instagram ini mungkin memberikan lebih keyakinan kepada pengiklan untuk menggunakan platform pengiklanan di Instagram yang telah mula memperkenalkan sokongan tersebut sejak daripada bulan ini.

Dengan pengumuman daripada Instagram ini, ia memperlihatkan kini Instagram lebih besar daripada Twitter dari segi angka pengguna aktifnya. Dengan sokongan daripada Facebook, tidak mustahil untuk kita melihat perkhidmatan sosial perkongsian gambar ini terus berkembang dengan pesat dari bulan ke bulan akan datang.


TIPS & ULASAN