Opera Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Laman Kegemaran Ke Skrin Utama Telefon Anda

Opera Untuk Android Kini Membolehkan Anda Menambah Laman Kegemaran Ke Skrin Utama Telefon Anda

Diterbitkan pada Sep 23, 2015 oleh .

Opera kini telah pun mengemaskini pelayar web mereka untuk peranti Android, membawakan beberapa fungsi baru, dimana salah satunya adalah kebolehan menambah laman kegemaran anda ke skrin utama telefon.

Opera Android

Untuk melakukannya, anda boleh ke sebarang laman kegemaran anda, dan menekan butang tambah pada bahagian tepi bar URL, dan seterusnya memilih “Add to home screen”. Ikon laman kegemaran anda tersebut seterusnay akan ditambah ke skrin utama peranti – dan apabila anda menekannya, ia akan membuka pelayar web Opera dengan laman kegemaran anda secara automatik.

Disamping itu, beberapa fungsi baru yang turut disertakan adalah termasuk fungsi Pull-to-refresh dan kebolehan untuk sync apa yang pernah anda taip pada pelayar web Opera di Android.

Muat-Turun Opera untuk Android


TIPS & ULASAN