Inventec Dilaporkan Akan Mengeluarkan Komputer Riba Xiaomi

Inventec Dilaporkan Akan Mengeluarkan Komputer Riba Xiaomi

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Xiaomi telah diura-ura akan hadir dengan komputer riba beberapa kali sebelum ini, dan kini, Inventec mengatakan syarikat mereka akan mengeluarkan komputer riba pertama Xiaomi yang dijangka dipasarkan bermula pertengahan pertama tahun hadapan.

Xiaomi sedia terkenal dalam arena peranti mudah-alih, dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk mereka menawarkan komputer riba. Sebelum ini, mereka telah mula menjual televisyen, peranti boleh-pakai, serta beberapa peranti pintar yang lain. Malah mereka juga telah memperluaskan perniagaan mereka dengan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi di China.

Xiaomi dikatakan akan menggunakan kaedah yang sama untuk penjualan komputer riba kelak, dimana ia dijual melalui web rasmi mereka – berbeza dengan pelbagai penjual lain di pasaran.

Dengan pengesahan daripada pengeluar Inventec ini, ia semestinya sesuatu yang menarik untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh komputer riba daripada Xiaomi ini kelak.


TIPS & ULASAN