Pebble Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat – Pebble Time Round

Pebble Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat – Pebble Time Round

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Pebble sedia terkenal dengan penawaran jam tangan pintar mereka yang menyokong platform Android dan iOS. Sebelum ini, Pebble telah memperkenalkan dua jam tangan pintar melalui kempen yang diadakan menggunakan Kickstarter, dan hari ini mereka memperkenalkan produk terbaru mereka, iaitu sebuah jam tangan pintar dengan rekaan skrin bulat.

Pebble Time Round

Seperti sebelum ini, jam tangan pintar ini menyokong kedua-dua platform Android dan iOS. Pra-tempahan untuknya akan dimulakan hari ini, dan pengguna dijangka akan menerimanya sekitar bulan November kelak.

Dinamakan sebagai Pebble Time Round, ia membawakan rekaan yang nipis, dan ringan. Pebble menawarkan dua variasi tali jam, iaitu dalam pilihan 14mm dan juga 20mm – dimana pengguna boleh memilihnya berdasarkan kepada saiz tangan mereka.

Pebble Time Round

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang agak mendukacitakan adalah masa penggunaan bateri. Pebble sebelum ini terkenal dengan penawaran masa penggunaan bateri sehingga hampir seminggu – tetapi Pebble Time Round ini hanya sekadar menawarkan masa penggunaan selama 2 hari sahaja. Pebble mengatakan pengguna boleh mengecas ia dalam masa 15 minit untuk penggunaan selama 24 jam.

Pebble Time Round ini sedia ditempah melalui laman Pebble.com pada harga $249 (~RM1090) bermula hari ini.

Pebble Time Round


TIPS & ULASAN