Blackberry Priv – Nama Rasmi Peranti Android Pertama Blackerry

Blackberry Priv – Nama Rasmi Peranti Android Pertama Blackerry

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Peranti Android pertama Blackberry sudah berpuluh kali tertiris dan diberi nama Venice. Peranti dengan papan kekunci fizikal boleh luncur ini menerima banyak komen positif dari pembaca Amanz. Hari ini nama rasmi peranti Android pertama buatan rasmi diumumkan dan ia akan dikenali sebagai Priv. Nama Priv dipilih kerana ianya singkatan kepada Privasi. Pelbagai fungsi sekuriti Blackberry yang memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna akan digunakan pada Priv. Pilihan nama ini adalah sedikit aneh kerana kami sudah lebih menggemari nama Venice. Bagaimana pula dengan anda? Adakah Blackberry Priv nama yang baik bagi peranti yang akan mengubah masa depan syarikat ini?

BlackBerry Android

 


TIPS & ULASAN