Trailer Pertama Filem Angry Birds The Movie Diperlihatkan

Trailer Pertama Filem Angry Birds The Movie Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Angry BirdsAplikasi Angry Birds adalah aplikasi yang perlu anda muat turun sekitar 2009. Kewujudan aplikasi permainan ini menjadi kayu pengukur kepopularan sesebuah sistem operasi. Sekiranya OS pilihan anda tidak mempunyai Angry Birds ia petanda masa depan yang gelap. Fenomena Angry Birds membuatkan Rovio menjadi antara pembangun aplikasi paling terkenal di dunia. Enam tahun sudah berlalu dan nasib Rovio kini berubah. Mereka terpaksa mengurangkan tenaga kerja kerana keuntungan syarikat yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aplikasi tidak lagi popular dan jualan produk berasaskan Angry Birds berkurangan.

Pada tahun 2012 penghasilan filem Angry Birds The Movie diumumkan. Selepas hampir enam tahun akhirnya trailer pertama filem animasi 3D ini diperlihatkan. Animasi dihasilkan oleh Sony Pictures Imageworks dan ianya kelihatan setanding animasi Pixar. Filem yang menelan belanja hampir $100 Juta ini menggunakan suara  Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage. Ianya bakal ditayangkan musim panas tahun 2016.  Animasi memang kelihatan cantik tetapi ikhlas kami katakan trailer ini tidak gagal membuatkan kami ingin melihatnya.


TIPS & ULASAN