Facebook Mula Menyokong Video 360-Darjah

Facebook Mula Menyokong Video 360-Darjah

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Facebook dalam persaingan untuk menawarkan sokongan video seumpama pada YouTube, kini telah pun menambah sokongan paparan video dalam bentuk 360-darjah. Untuk masa ini, sokongan video 360-darjah ini boleh dinikmati pada aplikasi Android dan juga web, sementara sokongan untuk iOS dijangka hadir tidak lama lagi.

Facebook Video 360

Melalui video 360-darjah, ia memberikan pengalaman menonton video yang lebih baik – memberikan pengalaman kepada pengguna seumpama berada dalam video berkenaan.

Untuk menikmatinya, jika anda menggunakan di web, anda perlu menggunakan tetikus untuk mengerakkan video ke kiri dan ke kanan. Tetapi, jika anda menggunakan telefon pintar, anda boleh menikmati video berkenaan dengan mengerakkan peranti anda sendiri ke kiri, kanan, atas dan bawah untuk melihat video berkenaan.

Untuk mendapatkan gambaran bagaimana video 360-darjah ini berfungsi, mungkin anda boleh melihat kepada contoh sebuah video yang diterbitkan oleh Al-Jazeera, memperlihatkan beberapa lokasi sekitar Mekah.


TIPS & ULASAN