Fishbone – Dok Pengecas Yang Menyelesaikan Masalah Kabel Berselirat

Fishbone – Dok Pengecas Yang Menyelesaikan Masalah Kabel Berselirat

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Pernah suatu ketika memiliki hanya satu peranti di rumah adalah dianggap mewah. Zaman sekarang ini boleh dianggap ia tidak lagi normal. Secara purata di dalam sebuah rumah sekarang terdapat sekurang-kurangnya tiga peranti pintar. Ini membawa kepada wujudnya masalah dunia pertama iaitu kabel pengecas berselirat di sekitar palam elektrik.

Fisgbone-1

Fishbone ialah dok pengecas  yang mungkin akan menyelesaikan masalah ini. Ia mempunyai lima port USB dan boleh mengecas peranti pintar serta tablet dengan lebih teratur. Wayar pengecas yang panjang boleh dililit pada “tulang” Fishbone bagi mengelakkannya berselirat di atas lantai. Ianya boleh anda miliki pada harga $35 sebuah. Ini adalah dok pengecas yang sebenarnya sangat kami perlukan di pejabat Amanz. Terdapat puluhan peranti yang perlu kami cas setiap hari dan Fishbone akan mengurangkan masalah kesemakan yang sedang kami hadapi.

Fisgbone-3


TIPS & ULASAN