Gambar HTC Aero Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Seumpama iPhone
HTC

Gambar HTC Aero Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Seumpama iPhone

Diterbitkan pada Sep 24, 2015 oleh .

Desas-desus mengenai HTC One A9 atau turut dikenali sebagai HTC Aero telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan terkini, gambar peranti berkenaan tertiris ke arena web – memperlihatkan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone.

HTC Aero

Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, HTC Aero atau turut dikenali dengan nama HTC One A9 ini dikatakan akan dijana menggunakan cip Snapdragon 617. Ia bakal menggunakan rekaan berasaskan logam, dan turut hadir dengan memori 2GB RAM, serta skrin bersaiz 5-inci. HTC dikatakan akan melengkapkan ia dengan kamera belakang 13-megapixel serta kamera hadapan 4-ultrapixel.

Sokongan pengimbas cap jari turut dijangka akan disertakan melalui butang pada bahagian hadapan.

HTC dijangka akan mengumumkan peranti ini sekitar bulan November kelak.


TIPS & ULASAN