Facebook Menghadapi Masalah Untuk Diakses Oleh Sejumlah Besar Pengguna

Facebook Menghadapi Masalah Untuk Diakses Oleh Sejumlah Besar Pengguna

Diterbitkan pada Sep 25, 2015 oleh .

Facebook MasalahLaman sosial terkemuka, Facebook nampaknya menghadapi masalah untuk diakses buat sementara waktu ini. Pihak Facebook sekadar memaparkan mesej mengatakan mereka mempunyai masalah dan sedang dalam usaha untuk mengatasinya secepat mungkin.

Facebook merupakan laman sosial terkemuka, yang mana digunakan ramai pengguna di seluruh dunia. Sebelum ini, beberapa kali ia menghadapi masalah untuk diakses – tetapi kebiasaannya hanya melibatkan segelintir kecil pengguna dibeberapa buah negara sahaja. Masalah kali ini dilihat dihadapi pengguna seluruh dunia – dan Facebook hanya memaparkan mesej akan kembali beroperasi dalam masa terdekat.

Kemaskini : Facebook kembali beroperasi seperti biasa selepas tidak boleh diakses sekitar 10 minit.


TIPS & ULASAN