Telefon Vertu Baru Hadir Menggunakan Cip Snapdragon 810 Dan Memori 4GB RAM Pada Harga Melangkaui RM40 Ribu

Telefon Vertu Baru Hadir Menggunakan Cip Snapdragon 810 Dan Memori 4GB RAM Pada Harga Melangkaui RM40 Ribu

Diterbitkan pada Sep 25, 2015 oleh .

Vertu merupakan salah satu jenama mewah untuk telefon pintar. Terkini, mereka dilihat mengemaskini keluarga Vertu Signature Touch dengan pilihan telefon pintar baru yang membawakan spesifikasi tinggi – berbeza dengan beberapa penawaran mereka sebelum ini.

Vertu Signature Touch baru ini hadir menggunakan skrin 5.2-inci dengan kaca Sapphire Crystal, menggunakan cip Snapdragon 810, memori 4GB RAM, kamera belakang 21-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel.

Vertu Signature Touch

Peranti ini turut menyokong pengecasan tanpa-wayar, selain menyertakan memori 64GB. Vertu Signature Touch ini menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Seperti ramai sedia maklum, pembelian peranti Vertu hadir dengan beberapa perkhidmatan tambahan – termasuk sokongan bantuan peribadi selama 18 bulan yang membolehkan anda menghubungi mereka untuk beberapa tugasan. Disamping itu, pembelian telefon Vertu ini juga hadir dengan akses WiFi secara global melalui perkhidmatan iPass.

Setiap peranti Vertu Signature Touch juga dibuat menggunakan tangan, dan harga jualannya adalah berbeza berdasarkan kepada jenis kerangka yang dipilih pengguna.

Harga jualan Vertu Touch Signature baru ini adalah bermula daripada £6,500 (~RM43880).


TIPS & ULASAN