Cari @ Amanz

Google sering menawarkan pelbagai aplikasi mereka untuk pengguna platform iOS. Terkini, Google turut telah melancarkan Google Keep untuk para pengguna iPhone dan iPad seluruh dunia.

Google Keep

Google Keep merupakan aplikasi ringkas yang memudahkan pengguna untuk mencatatkan nota menggunakannya. Menggunakannya juga, pengguna boleh menyimpan gambar, audio dan juga nota berbentuk senarai – serta melabelkan setiap nota menggunakan warna berbeza.

Google Keep merupakan antara aplikasi popular di Android, dan semestinya pengenalan ini akan mengembirakan pengguna iPhone dan iPad.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Keep ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd