Twitter Menguji Sokongan Untuk Membuat Tweet Berbentuk Bancian

Twitter Menguji Sokongan Untuk Membuat Tweet Berbentuk Bancian

Diterbitkan pada Sep 25, 2015 oleh .

TwitterTwitter hari ini dilihat telah memperkenalkan sokongan membuat bancian atau poll pada Tweet, dalam usaha memudahkan pengguna untuk mengumpulkan pendapat mengenai beberapa perkara. Fungsi ini boleh dikatakan masih pada peringkat eksperimental buat masa ini.

Daripada beberapa pengguna yang telah melihat fungsi baru ini, mereka mengatakan pilihan membuat Twitter Poll diperlihatkan pada versi web – dimana mereka ditunjukkan dengan pilihan tersebut ketika ingin menghantar Tweet.

Berbeza dengan beberapa ujian sebelum ini, Twitter dilihat menguji sokongan ini secara meluas – dan mungkin akan memperkenalkannya kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Bancian Twitter


TIPS & ULASAN