Cari @ Amanz

LG G4 sudah memasuki pasaran Malaysia sejak Julai lalu. Dari segi penggunaan peranti ini kami sedari tidak sepopular peranti Samsung Galaxy ataupun iPhone. Ini mungkin kerana dari segi pengiklanan ianya hampir tidak kelihatan di Malaysia. Ini adalah aneh kerana LG G4 adalah antara peranti yang paling kami gemari fungsi-fungsinya. Kemasan kulit asli pada panel belakangnya adalah unikĀ  dan begitu juga sistem pemfokusan laser yang pantas. Penggunaan butang suara dan kuasa pada panel belakang juga memberikan LG G4 rekabentuk yang berlainan berbanding peranti lain di pasaran.

DXO-Mark-LGG4

Laman DXOMark yang melakukan ujian kemampuan kamera baru sahaja menobatkan LG G4 sebagai peranti dengan kemampuan kamera kedua terbaik di belakang Samsung Galaxy S6. Ini meletakkannya setanding dengan Galaxy Note 4 dan Motorola Moto X Style. Kami pernah menggunakan ketiga-tiga peranti ini dan bersetuju dengan pendapat mereka. Harus dinyatakan di sini DXO masih belum melakukan ujian ke atas kamera Galaxy Note 5 dan iPhone 6S Plus. Sama-sama kita nantikan kerana terdapat banyak ulasan yang memuji kemampuan dua peranti baru ini. Jadi buat masa ini sekiranya anda mahukan peranti dengan kemampuan kamera yang baik, LG G4 ialah salah satu daripada peranti yang boleh anda miliki

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd