ZTE Axon Elite Dan Axon Mini Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
ZTE

ZTE Axon Elite Dan Axon Mini Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 25, 2015 oleh .

ZTE pada tahun ini telah memperkenalkan keluarga peranti Axon, yang menerima pelbagai maklumbalas positif daripada beberapa pengguna di luar negara. Terkini, ZTE turut dalam perancangan untuk melancarkan dua peranti dibawah keluarga Axon di Malaysia, iaitu ZTE Axon Elite dan juga ZTE Axon Mini.

ZTE Axon

ZTE Axon Elite membawakan sokongan pengimbas cap jari, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810, menawarkan dwi-kamera dengan sokongan rakaman 4K, fungsi audio HiFi, serta bateri berkapasiti 3000mAh.

ZTE dilihat memfokuskan kepada penawaran ciri-ciri premium pada harga yang lebih rendah berbanding beberapa pengeluar di pasaran.

ZTE dijangka akan berkongsi lanjut mengenai harga dan tarikh ia akan mula dijual di Malaysia secara rasmi pada 28 September 2015 ini. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada pengumuman pihak ZTE kelak.


TIPS & ULASAN