iFlix Bakal Memperkenalkan Fungsi Muat-Turun Video Untuk Tontonan Tanpa Internet

iFlix Bakal Memperkenalkan Fungsi Muat-Turun Video Untuk Tontonan Tanpa Internet

Diterbitkan pada Sep 25, 2015 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video dari Malaysia yang menawarkan pelbagai siri televisyen menarik dari dulu sehingga terkini, disamping beberapa filem melaluinya. Mereka agak aktif dalam menambah pelbagai kandungan baru, disamping turut menawarkan fungsi-fungsi baru menggunakan aplikasi mereka.

Namun, seperti biasa, salah satu perkara yang tidak diminati ramai adalah penggunaan data untuk menonton melaluinya. Kebiasaannya, pengguna selesa menggunakan rangkaian WiFi, tetapi ia tidak begitu digemari pengguna jika perlu menggunakan rangkaian data internet pada peranti mudah-alih mereka memandangkan ia selalunya mempunyai kuota yang terhad.

Untuk mengatasi masalah tersebut, iFlix kini sedang dalam proses membangunkan dan memperkenalkan sebuah fungsi yang dikenali sebagai “Download Now Play Later”.

Menggunakan fungsi ini, pengguna boleh memuat-turun beberapa episod yang diminati mereka pada peranti mudah-alih melalui aplikasi iFlix, dan kemudian memainkan ia menggunakan aplikasi berkenaan.

iFlix tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah mereka akan memperkenalkannya – tetapi mengatakan ia akan hadir dalam masa terdekat ini untuk pengguna aplikasi mudah-alih iFlix.


TIPS & ULASAN