BlackBerry Mengesahkan Peranti Android Pertama Mereka, BlackBerry Priv Akan Hadir Pada Tahun Ini

BlackBerry Mengesahkan Peranti Android Pertama Mereka, BlackBerry Priv Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Sep 26, 2015 oleh .

BlackBerry hari ini telah pun membuat pengumuman berkaitan kewangan syarikat mereka, dan pada pasa yang sama mengesahkan mengenai telefon pintar Android daripada mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi, serta mengesahkan ia akan dikenali dengan nama BlackBerry Priv.

BlackBerry Android

BlackBerry mengatakan telefon pintar Android mereka akan memfokuskan kepada teras utama BlackBerry – iaitu privasi para pengguna. BlackBerry Priv ini akan mengintegrasikan teknologi sekuriti dan produktiviti daripada BlackBerry bersama-sama ekosistem mudah-alih popular, Android.

BlackBerry Priv ini yang akan hadir dengan papan kekunci boleh-luncur ini bakal dilancarkan pada tahun ini di beberapa pasaran utama, selain ditawarkan secara atas-talian. BlackBerry mengatakan mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai peranti BlackBerry Priv ini dalam beberapa minggu lagi.

Walaupun akan mengeluarkan peranti berasaskan Android ini, BlackBerry turut menekankan mereka akan terus komited dengan platform BlackBerry 10 mereka.

Pengenalan BlackBerry Priv berasaskan kepada Android ini dijangka akan memberikan kesan positif atas kewangan syarikat mereka.


TIPS & ULASAN