Telekom Malaysia Menawarkan Panggilan Skype Tanpa Had Secara Percuma Melalui TMgo

Telekom Malaysia Menawarkan Panggilan Skype Tanpa Had Secara Percuma Melalui TMgo

Diterbitkan pada Sep 26, 2015 oleh .

Telekom Malaysia telah menawarkan akses WiFi Hotspot percuma, dan juga akses ke pelbagai saluran HyppTV secara percuma sejak daripada 16 September lepas sehingga 30 September ini. Selain daripadanya, baru-baru ini, bermula daripada 24 September, Telekom Malaysia juga turut menawarkan panggilan Skype tanpa had secara percuma untuk pengguna TMgo.

TMgo merupakan perkhidmatan 4G LTE daripada Telekom Malaysia, yang memfokuskan penawaran di kawasan-kawasan pedalaman – terutamanya yang sukar dicapai oleh UniFi. Penggunaan TMgo dicas mengikut kepada penggunaan data dan mempunyai had kuota yang terhad.

TMgo Skype

Penawaran panggilan Skype tanpa had secara percuma ini mungkin akan mengembirakan segelintir pengguna aktif Skype yang turut melanggan perkhidmatan TMgo. Ini kerana mereka tidak akan dikenakan caj kuota berbanding sebelumnya, dan boleh kekal berhubung bukan sahaja dengan rakan-rakan dan keluarga didalam negara, tetapi juga diluar negara.

Telekom Malaysia tidak mengumumkan sampai bilakah promosi ini akan ditawarkan kepada pengguna TMgo.


TIPS & ULASAN