CEO BlackBerry Mempertontonkan Telefon Android Pertama Mereka – BlackBerry Priv

CEO BlackBerry Mempertontonkan Telefon Android Pertama Mereka – BlackBerry Priv

Diterbitkan pada Sep 26, 2015 oleh .

BlackBerry pada awal pagi ini telah mengumumkan secara rasminya mereka bakal melancarkan telefon Android pertama mereka yang dikenali dengan nama BlackBerry Priv. Seperti platform BlackBerry, peranti Android ini akan turut memfokuskan kepada privasi, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna menikmati sistem operasi Android asli serta dengan fungsi tambahan seperti BlackBerry Hub.

BlackBerry Priv

Sebelum ini, beberapa video berkaitan peranti ini telah pun tertiris, dan kini CEO BlackBerry sendiri, iaitu John Chen memperlihatkan peranti prototaip mereka secara rasmi melalui sebuah video temuramah bersama BNN.

Video ringkas yang diperlihatkan ini menunjukkan penggunaan versi Android asli pada BlackBerry Priv, disamping pada masa yang sama turut mempertontonkan fungsi papan kekunci yang boleh-luncur. Pada bahagian papan kekunci, pengguna turut boleh menggunakan ia sebagai touchpad ketika melayari web atau membaca buku digital.

BlackBerry bakal melancarkan telefon pintar ini secara rasminya pada penghujung tahun ini – dan boleh dikatakan ini merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, bukan sahaja oleh peminat BlackBerry, tetapi juga oleh peminat Android.


TIPS & ULASAN