Cari @ Amanz

Kelajuan Dan Jumlah Teras Pemproses iPhone 6S & 6S Plus Kini Diketahui

Link Copied!

Tidak seperti pengeluar lain Apple tidak memberitahu kelajuan pemproses, jumlah teras serta saiz RAM yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Ia hanya akan diketahui selepas peranti dibuka oleh laman seperti iFixit. Sehari selepas ia dilancarkan, spesifikasi penuh pemproses A9 yang memperkasakan iPhone 6S dan 6S Plus akhirnya diketahui. Menurut Apple Insider, pemproses A9 mempunyai kelajuan 1.85 GHz dengan dua teras. Ini adalah peningkatan daripada 1.4 GHz dua teras Apple A8.

iPhone 6S

Sungguhpun begitu apabila ujian penanda aras dilakukan, Apple A9 dengan mudah mencatatkan markah lebih tinggi dari kebanyakan peranti Android. Satu-satunya peranti Android yang berjaya mengalahkan markah yang dicatatkan Apple A9 ialah Samsung Galaxy S6. Itupun hanya dengan satu markah sahaja. Jadi di dalam kes peranti Apple kelajuan dan jumlah teras bukanlah segala-galanya. Penggunaan kuasa dan pengoptimasian lebih bijak akan menjamin peranti berfungsi dengan lebih pantas.

Apple Insider Apple A9 bench


Komen ()