COD : Black Ops III Hanya Hadir Dalam Versi Multiplayer Pada Konsol Generasi Lalu
Artikel Berkaitan

COD : Black Ops III Hanya Hadir Dalam Versi Multiplayer Pada Konsol Generasi Lalu

Diterbitkan pada Sep 26, 2015 oleh .

Konsol generasi terkini PlayStation 4 dan Xbox One kini sudah hampir memasuki tahun kedua penjualannya. Dalam masa dua tahun ini pelbagai permainan dihasilkan dengan grafik menakjubkan pada kedua-dua konsol ini. Jualan juga memberangsangkan sehingga banyak permainan baru tidak lagi dihasilkan pada konsol generasi lalu.

Call-of-Duty-Black-Ops-III

Jadi berita terkini mengenai Call of Duty : Black Ops III ini tidak lagi mengejutkan. Activision hari ini mengesahkan mod misi Campaign permainan ini tidak akan disertakan pada versi PlayStation 3 dan Xbox 360. Menurut mereka mod ini membenarkan empat orang pemain bermain secara serentak. Kerana keperluan grafik yang tinggi ia tidak mampu dihasilkan semula pada konsol generasi lalu. Oleh sebab itu hanya mod Multiplayer dan Zombies akan disertakan. Berita baik di sini ialah sekurang-kurangnya pemilik konsol lama masih boleh memainkan Black Ops III. Bandingkan ini dengan apa yang berlaku kepada Mortal Kombat X versi konsol lama yang terus dibatalkan oleh Warner Brothers Interactive Entertaintment.


TIPS & ULASAN