Cari @ Amanz

Yahoo! pada minggu lepas telah memperkenalkan aplikasi Yahoo! Mail untuk Windows 10. Kini, mereka turut memperkenalkan satu lagi fungsi baru untuk Yahoo! Mail, iaitu bentuk paparan fail lampiran yang serba baru dan berbeza dengan sebelumnya.

Yahoo! Mail

Kini, Yahoo! Mail membolehkan paparan fail atau dokumen lampiran bersebelahan dengan emel asal. Ini adalah berbeza dengan sebelum ini, yang mana memerlukan anda membuka dokumen dalam tab berbeza atau dalam tetingkapnya tersendiri.

Ini boleh dikatakan agak memudahkan pengguna berbanding sebelum ini, disamping memudahkan lagi sesuatu mesej dibaca dan difahami berbanding sebelum ini.

Fungsi baru ini pada Yahoo! Mail akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi sama akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd