Microsoft Lumia 550 Tertiris – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Microsoft Lumia 550 Tertiris – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 26, 2015 oleh .

Selama ini kita telah mendengar mengenai dua peranti flagship daripada Microsoft, iaitu Lumia 950 dan juga Lumia 950 XL. Selain daripada kedua-duanya, Microsoft juga turut bakal memperkenalkan satu lagi peranti dengan spesifikasi rendah-pertengahan, dinamakan sebagai Lumia 550.

Lumia 550

Lumia 550 ini kelak dijangka akan menjadi peranti berspesifikasi rendah-pertengahan pertama yang hadir dengan sistem operasi Windows 10. Ia bakal menawarkan sokongan asas dan tidak menawarkan fungsi menyeluruh seperti pada Lumia 950 atau Lumia 950 XL.

Dari segi spesifikasi, Lumia 550 dijangka hadir dengan skrin 5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon empat-teras 1GHz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel.

Tiada tarikh rasmi berkenaan pelancarannya. Tetapi dengan Microsoft menjadualkan acara pada 6 Oktober kelak, kita mungkin akan dapat melihat ia diumumkan sebagai peranti sampingan selain daripada Lumia 950 dan Lumia 950 XL.


TIPS & ULASAN