CCleaner Cloud Membolehkan Anda Menguruskan Sejumlah Komputer Dengan Mudah Dari Mana-Mana

CCleaner Cloud Membolehkan Anda Menguruskan Sejumlah Komputer Dengan Mudah Dari Mana-Mana

Diterbitkan pada Sep 27, 2015 oleh .

CCleaner merupakan salah satu perisian komputer yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia, membolehkan mereka membuang fail-fail yang tidak diperlukan di komputer dengan mudah dan pada masa yang sama mengosongkan ruangan tambahan pada komputer anda. Perisian sama juga turut boleh digunakan untuk menguruskan perisian dan sebagainya.

Terkini, pembangun disebalik CCleaner, memperkenalkan sebuah penyelesaian baru dinamakan sebagai CCleaner Cloud. Melalui CCleaner Cloud, ia memfokuskan kepada kemudahan bagi pengguna menguruskan sejumlah komputer mereka dari mana-mana dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, ramai yang mempunyai lebih daripada satu komputer dan mungkin adakala anda inginkan pengurusan untuk membuang fail yang tidak digunakan atau defrag komputer anda dengan pantas dan mudah.

CCleaner Cloud

CCleaner Cloud

Sebelum mula menggunakan CCleaner Cloud ini, pengguna akan diperlukan untuk memasang perisian CCleaner Cloud pada komputer mereka – dan seterusnya memautkan ia dengan akaun CCleaner Cloud.

Sebaik sahaja ia dilakukan, anda akan dapat melihat komputer anda dipaparkan pada laman CCleaner Cloud, dan anda boleh membuat pengurusan terus melaluinya.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah termasuk membuang fail-fail yang tidak digunakan, melihat prestasi semasa komputer, membuat defragment dan menguruskan perisian yang terpasang pada komputer. Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar terus melalui pelayar web.

CCleaner Cloud

CCleaner Cloud

CCleaner Cloud ini ditawarkan dalam penawaran percuma yang membolehkan anda menguruskan sehingga tiga komputer, ataupun anda boleh membuat langganan berbayar untuk menambah komputer tambahan.

Bagi anda yang berminat, boleh mula mencubanya, dimana anda perlu mendaftarkan untuk jemputan yang akan dihantar ke emel anda dalam tempoh kurang 24 jam.

Layari : CCleaner Cloud


TIPS & ULASAN