Red Raven – Kamera Video Digital 4K Profesional Kini Lebih Mampu Milik

Red Raven – Kamera Video Digital 4K Profesional Kini Lebih Mampu Milik

Diterbitkan pada Sep 27, 2015 oleh .

Red ialah jenama kamera video digital profesional berkualiti tinggi yang digunakan di dalam filem blockbuster terkemuka. Filem Avengers AOU, Transformers 4, Trilogi The Hobbit dan Pacific Rim ialah antara filem yang menggunakan kamera kompak tetapi berkuasa ini. Pengulas peranti terkenal MKBHD juga menggunakan kamera buatan Red untuk video beliau. Kamera buatan mereka mengubah dunia kamera digital kerana dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kamera filem biasa. Sungguhpun begitu dengan harga bermula dari $10000 sebuah, ianya masih di luar jangkauan kebanyakan pengguna.

Red-Ravem-1

Red Raven ialah kamera terbaru mereka yang diperkenalkan minggu lalu. Ia dijual pada harga lebih mampu milik sekitar $5950 sebuah. Kamera ini mampu merakan video 4K 120FPS ataupun video 2K 240 FPS di dalam format Redcode Raw serta Apple ProRes. Ia menggunakan EF Mount Canon dan hanya seberat 1.58 kilogram. Ini turut menjadikan Raven kamera paling kompak, kecil dan ringan pernah dihasilkan oleh Red. Menurut mereka ini membolehkan Raven dipasang pada sebuah dron untuk penggambaran udara. Kamera ini boleh ditempah sekarang dan hanya akan mula memasuki pasaran Febuari 2016.

Red-Ravem-2


TIPS & ULASAN