Battleview 360 – Helmet “Pandangan X-Ray” Menembusi Perisai Kereta Kebal

Battleview 360 – Helmet “Pandangan X-Ray” Menembusi Perisai Kereta Kebal

Diterbitkan pada Sep 27, 2015 oleh .

Kereta kebal ialah senjata darat paling berbahaya di dalam inventori tentera darat. Ia memberikan kelebihan kepada pasukan infantri untuk mengalahkan musuh. Sejak kereta kebal Mark I diperkenalkan pada tahun 1916 di medan Perang Dunia Pertama, kereta kebal telah digunakan di kesemua konflik dunia. Ketiadaan kereta kebal memberi sokongan kepada infantri adalah antara sebab mengapa insiden Blackhawk Down berlaku. Tanpa bantuan kenderaan perisai Condor milik Tentera Darat Malaysia, angka kematian insiden ini pastinya lebih tinggi.

Masalah utama kereta kebal sejak kali pertama kemunculannya ialah kesukaran krew untuk melihat dunia luar. Ini mendedahkan mereka kepada serangan hendak menggunakan ATGM (anti tank guided missile) dari arah belakang. Kereta kebal Merkava milik Israel yang dikatakan paling selamat turut menjadi mangsa ATGM pihak Hezbollah. Oleh itu sistem yang membenarkan krew mempunyai pandangan 360 adalah penting bagi memastikan boleh terus memburu musuh dan bukannya menjadi mangsa buruan.

BattleView-360-1

BattleView 360 ialah sistem helmet yang membolehkan krew kereta kebal untuk melihat menembusi perisai besi yang mengelilingi mereka seperti pandangan X-Ray . Tiga kamera video lensa sudut lebar dipasang pada bahagian luar kereta kebal dan gambar komposit panorama 360 darjah dihasilkan. Melalui helmet dengan paparan khas, pemandu dan komander kereta kebal dapat melihat keadaan sekeliling kenderaan yang mereka naiki. Masalah titik buta yang dieksploitasikan pengendali ATGM kini dihapuskan. Sistem BattleView 360 menggunakan semula teknologi yang digunakan pada helmet juruterbang pesawat pejuang Lockheed F-35 Lighning II dengan kemampuan yang serupa.

Buat masa ini BattleView 360 masih lagi dalam proses percubaan bersama tentera Sweden. Halangan utama teknologi ini ialah kos dan saiz helmet yang besar. Ruang masih lagi premium di dalam sebuah kereta kebal dan penggunaan helmet gergasi masih lagi belum praktikal untuk dunia sebenar. Pada waktu yang sama tentera Norway juga sedang mencuba teknologi yang seakan serupa pada kereta perisai mereka menggunakan Oculus Rift.

BattleView-360-2


TIPS & ULASAN