Kemaskini BlackBerry 10.3.3 Bakal Menyusul Pada Mac 2016

Kemaskini BlackBerry 10.3.3 Bakal Menyusul Pada Mac 2016

Diterbitkan pada Sep 27, 2015 oleh .

BlackBerry beberapa hari yang lepas telah mengumumkan bakal memperkenalkan telefon menggunakan sistem operasi Android dan dilengkapi beberapa penambahan dari segi sekuriti dan produkiviti daripada BlackBerry. Disamping itu, BlackBerry turut menekankan yang mana mereka akan terus komited dengan platform operasi mereka.

BlackBerry 10.3.2

Bercakap mengenainya, BlackBerry mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk sistem operasi BlackBerry 10 mereka pada bulan Mac 2016 akan datang. Versi BlackBerry 10.3.3 dijangka diperkenalkan pada Mac 2016 kelak.

BlackBerry tidak memberitahu sebarang perkara berkaitan dengan apakah fungsi-fungsi yang bakal diperkenalkan – sebaliknya mengatakan ia akan lebih memfokuskan kepada sekuriti dan juga privasi.


TIPS & ULASAN