Cari @ Amanz

Perkembangan dunia internet membuatkan ramai pengguna membuat pembelian terus secara online tanpa perlu ke kedai fizikal yang selalunya jauh atau mengambil masa yang lama untuk ke sana. Selepas beberapa jenama komputer lain menawarkan kedai atas-talian, kini Acer Malaysia turut secara rasminya melancarkan Acer Online Store mereka.

Melalui kedai atas-talian ini, Acer menawarkan pelbagai produk mereka, termasuk komputer riba, desktop, telefon pintar, tablet, monitor, dan juga projektor.

Selain daripada laman rasmi Acer Online Store di ClickAsia, Acer juga turut menawarkan produk mereka melalui kedai atas-talian yang lain seperti Lazada dan juga 11Street. Sempena pelancaran kedai atas talian ini promosi khas untuk Acer Iconia Talk S turut dilancarkan. Tablet ini dijual pada harga RM 499 untuk jangka masa waktu terhad berbanding harga asal RMM 799. Selain daripada itu pelanggan yang membeli produk Acer akan menerima jaminan produk selama tiga tahun, langganan McAfee Internet Security selama tiga tahun dan pemacu ibu jari SanDisk OTG 32 Gigabyte. Tawaran ini pula terhad kepada 100 unit peranti pertama dijual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd