ZTE Axon Elite Dilancarkan Di Malaysia – Peranti Utama Diperkasakan Snapdragon 810
ZTE

ZTE Axon Elite Dilancarkan Di Malaysia – Peranti Utama Diperkasakan Snapdragon 810

Diterbitkan pada Sep 28, 2015 oleh .

ZTE ialah jenama yang sering dikaitkan dengan peranti kelas permulaan dan pertengahan. Kini mereka memasuki arena peranti kelas tinggi dengan penjualan Axon Elite secara rasmi di Malaysia. Ia mempunyai skrin 5.5-inci FHD IPS LCD, pemproses Snapdragon 810, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte (sokongan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera utama berkembar 13 + 2  Megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan sebesar 8 Megapixel. Kamera berkembar ini membolehkan gambar difokuskan semula selepas ianya diambil. Ia turut mampu merakam video pada resolusi 4K. Bateri yang digunakan adalah sebesar 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

ZTE-Axon-Elite-007

Keseluruhan peranti turut mempunyai bahan binaan lebih premium jika dibandingkan dengan peranti ZTE sebelum ini. Tuibuh diperbuat daripada logam dan juga bahan plastik seakan kulit. Kaca hadapan tahan hentakan Gorilla Glass Antimicrobial peranti ini dapat mengurangkan 99% jumlah bakteria dari membiak pada skrin peranti. Akhir sekali ia turut menyokong sistem pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang,ZTE Axon Elite akan mula dijual pertengahan Oktober ini pada harga RM1999.

Semakin banyak peranti dari pengeluar tanah besar China mula mempunyai spesifikasi yang tinggi dan binaan lebih berkualiti. Ini diharap dapat membuatkan pasaran peranti kelas tinggi yang sebelum kini didominasi syarikat lebih kompetitif seterusnya memberikan lebih banyak pilihan untuk pengguna,

ZTE-Axon-Elite-012

ZTE-Axon-Elite-008

ZTE-Axon-Elite-006


TIPS & ULASAN