ZTE Malaysia Bakal Membuka Kedai Atas-Talian Untuk Menjual Produknya Dalam Beberapa Bulan Lagi
ZTE

ZTE Malaysia Bakal Membuka Kedai Atas-Talian Untuk Menjual Produknya Dalam Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Sep 28, 2015 oleh .

ZTE Malaysia, selain melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu ZTE Axon Elite, mereka juga turut mengatakan mereka akan membuka kedai jualan atas-talian untuk pengguna tempatan mendapatkan produk ZTE rasmi daripada mereka dengan mudah.

ZTE Store Malaysia

Kedai atas-talian ZTE ini dijangka dibuka sekitar penghujung tahun ini. Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan pelbagai telefon pintar dan produk keluaran ZTE dengan mudah dan menerimanya terus di rumah mereka.

Selain daripada ZTE, pada hari ini, terdapat pelbagai pengeluar yang menawarkan peranti mereka terus melalui kedai jualan rasmi atas-talian, termasuk antaranya adalah Xiaomi, Huawei, Acer, dan juga Asus.


TIPS & ULASAN