Cari @ Amanz

Google Street View merupakan salah satu perkhidmatan menarik daripada Google dimana mereka merakamkan gambar 360-darjah untuk sesuatu kawasan, dan seterusnya membolehkan pengguna melawatinya terus melalui pelayar web mereka. Beberapa kawasan bersejarah telah sedia ditambah pada Google Street View, dan terkini mereka turut menambah Candi Borobodur di Indonesia pada Street View.

Candi Borobudur

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta.

Candi Borobudur ini telah dilabelkan sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO, dan telah dibina antara tahun 750-850 masihi yang lepas. [Wikipedia]

Bagi anda yang meminati sejarah, dan pada masa yang sama ingin melawat tempat-tempat menarik, mungkin boleh melihat Tapak Warisan Dunia ini terus melalui pelayar web anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd