Carian
iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 16 Oktober 2015
September 28, 2015 Aman

Apple hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual telefon pintar terbaru mereka, iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus di Malaysia bermula daripada 16 Oktober ini.

iPhone 6S

iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus merupakan dua telefon pintar terkini daripada Apple, menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satu perkara yang menjadi fokus utama pada peranti ini adalah sokongan 3D Touch, membolehkan pengguna mengaktifkan menu pantas dengan menekan pada skrin paparan. Apple menjayakan fungsi ini dengan menggunakan teknologi force touch yang telah digunakan pada Macbook dan Apple Watch sebelum ini.

iPhone 6S

Disamping itu, peranti baru ini juga membawakan fungsi Live Photos, kamera belakang 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kedua-duanya dijana menggunakan cip terkini Apple, iaitu Apple A9. Apple turut mengatakan telefon pintar ini membawakan rekaan yang lebih kukuh berbanding iPhone sebelum ini – menggunakan logam yang digunakan pada industri aeroangkasa.

Melengkapkan peranti ini adalah penggunaan sistem operasi iOS9 – menyertakan penambah-baikkan pada Siri, aplikasi Notes yang dikemaskini, serta lebih fokus terhadap privasi, pengoptimasian dan masa penggunaan bateri.

Apple masih tidak mengumumkan sebarang harga jualan untuknya buat masa ini. Syarikat telekomunikasi tempatan dijangka akan menawarkan ia bersama-sama pakej mereka untuk pasaran tempatan.

iPhone 6S

Komen