Rainbow Six : Siege Hanya Mempunyai Mod Multiplayer
Artikel Berkaitan

Rainbow Six : Siege Hanya Mempunyai Mod Multiplayer

Diterbitkan pada Sep 29, 2015 oleh .

Rainbow Six Siege ialah permainan yang diilhamkan oleh buku yang ditulis oleh mendiang Tom Clancy. Sebagai peminat buku Rainbow Six kami meminati siri permainan ini walaupun ia jauh menyimpang dari visi awal Clancy. Ini adalah kerana aksi di dalam permainan lebih kerap berlaku berbanding di dalam buku. Jadi mod permainan kempen adalah penting bagi meneruskan cerita dari versi terdahulu.

Rainbow Six Siege

Ubisoft hari ini mengeluarkan kenyataan yang pastinya menimbulkan kemarahan peminat siri ini. Rainbow Six Siege tidak akan mempunyai mod kempen sebaliknya akan 100% menjadi sebuah permainan multiplayer. Ketiadaan mod ini adalah mengecewakan kerana selalunya multiplayer adalah mod tambahan dan bukannya mod utama. Seperti yang kami laporkan baru-baru ini mod kempen COD Black Ops III tidak disertakan untuk versi konsol generasi lama kerana kekangan teknologi.

Kepada yang mahu membeli Rainbow Six Siege sebelum ini, adakah ketiadaan mod kempen akan menyebabkan anda membatalkan pembelian. Kami kini membatalkan niat membeli kerana membayar RM250 untuk sebuah perisian yang hanya menawarkan 50% mod permainan adalah tidak berbaloi. Ianya seperti Ding Chavez tanpa John Clark. Tidak boleh dimaafkan.


TIPS & ULASAN