3 Perkara Anda Harus Tahu Mengenai #MyCyberSale 2015

3 Perkara Anda Harus Tahu Mengenai #MyCyberSale 2015

Diterbitkan pada Sep 30, 2015 oleh .

Semalam telah bermulanya salah satu jualan tahunan yang memfokuskan pada jualan atas talian iaitu MyCyberSale. Kempen penjualan ini yang telah bermula sejak tahun lalu ini dianjurkan oleh MDeC mendapat banyak sambutan baik dari pembeli mahupun peniaga. Malah pada tahun lepas, lebih dari 277,000 pembelian telah dilakukan dan untuk tahun ini ia berlangsung dari 28 September hingga 2 Oktober 2015. Sebelum anda mula membeli-belah di alam maya, mari kami kongsikan tips menarik berkenaan MyCyberSale tahun ini.

1. Penawaran Diskaun Yang Tinggi

Exabytes Network Sdn Bhd_576092-T_BANNER_3e04dcd1-2d2c-4927-aee0-5924dd9c25e0Seperti yang anda maklum, penjualan barang-barangan dan juga perkhidmatan pada musim tertentu akan ditawarkan pada harga yang amat rendah dan menjadikannya lebih mampu milik. Diskaun sehingga 90% turut diberikan kepada produk menjadikan ia lebih menarik. Diskaun juga tidak terhad kepada produk malahan kepada perkhidmatan dan juga barangan digital. Seperti contoh Exabytes menawarkan domain ‘.com’ pada harga RM 3.99 (sebelum penambahan GST) berbanding harga biasa sekitar RM 45 sehingga RM 50, dan pada harga tersebut ia lebih rendah dari Nasi Ayam yang dijual di bandar-bandar utama.

2. Lebih Dari 1000 Produk Dan Perkhidmatan Tersedia dari 11 Kategori Berbeza

Jika dahulu mungkin tanggapan hanya gajet dan barang elektronik sahaja yang mudah di beli melalui laman jualan atas talian namun pada kempen MyCyberSale ini terdapat pelbagai barangan dan juga perkhidmatan yang terdiri dari 11 kategori berbeza. Antara barangan dan perkhidmatan menarik tersedia seperti pemeriksaan kesihatan, pakej pelancongan, penukaran tayar, pakej gambar perkahwinan dan banyak lagi.

3. Cabutan Bertuah Untuk Pembeli

Semasa membeli-belah sewaktu kempen MyCyberSale ini, sebarang pembelian minimum berharga RM 50 akan melayakkan pembeli untuk menyertai cabutan bertuah ini. Bukti pembayaran secara atas talian haruslah dihantarkan ke laman web MyCyberSale. Selain dari itu pembayaran menggunakan Maybank atau Visa juga akan menerima cabutan tambahan dengan hadiah khas yang disediakan dari Maybank dan Visa. Antara hadiah yang disediakan termasuklah dua telefon pintar Honor 7, satu kerusi urut Gintell yang bernilai RM 3,988, dan banyak lagi hadiah dari pelbagai penaja. Bagi pengguna Maybank dan Visa, wang tunai RM 1,000 menanti 10 pembeli bertuah jika pembeli menggunakan pembayaran Maybank dan Samsung Galaxy A8 juga akan diberikan kepada 20 pengguna kad VISA yang membeli pada jumlah yang tertinggi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat mengenai cabutan bertuah untuk pembeli MyCyberSale, anda boleh rujuk di halaman peraduan tersebut dan bagi senarai penuh produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang MyCyberSale, anda boleh lawati laman rasmi MyCyberSale dan juga halaman Facebook mereka.

Penafian: Advertorial dari MDeC


TIPS & ULASAN