Carian
Google : Pengguna Malaysia Aktif Menggunakan Peranti Pelbagai Saiz Pada Sesuatu Masa
September 29, 2015 Aman

Google setiap tahun mengeluarkan data terkini mereka hasil kerjasama beberapa pihak, memperlihatkan gaya dan budaya penggunaan peranti oleh pengguna tempatan di sesuatu negara – sekaligus membolehkan mereka yang terlibat dalam arena pemasaran untuk lebih memasarkan produk dan perkhidmatan mereka dengan efektif.

Google Consumer Barometer

Google Consumer Barometer

Selain daripada untuk mereka yang terlibat dalam arena pemasaran, melalui data yang diterbitkan di Consumer Barometer ini, ia juga turut memperlihatkan trend gaya penggunaan pengguna tempatan di Malaysia.

Menurut Goolge, di Malaysia, hampir 91% pengguna yang menggunakan telefon pintar ketika menonton televisyen – sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara tertinggi dalam penggunaan multi-screen.

Disamping itu, seramai 36% pengguna Malaysia mengakses internet hanya melalui telefon pintar sahaja, dan kini 20% pengguna tempatan membuat pembelian menggunakan telefon pintar.

Google Consumer Barometer

Google Consumer Barometer

Google turut mengatakan seramai 59% pengguna telefon pintar di Malaysia menonton video sekurang-kurangnya setiap minggu melaluinya, dan lebih 50% pengguna berumur bawah 25 tahun menonton video menggunakan telefon pintar setiap hari.

Menurut Google, di Malaysia, antara aktiviti utama yang dilakukan oleh pengguna menggunakan telefon pintar mereka adalah:

  • 84% – melawat rangkaian sosial.
  • 79% – menggunakan enjin carian.
  • 78% – menonton video.
  • 58% – membuat carian produk.
  • 53% – bermain permainan dan mendengar lagu.
  • Komen