Cari @ Amanz

HTC hari ini telah memperkenalkan HTC Butterfly 3 secara rasminya untuk pasaran global – yang mana merupakan variasi peranti HTC J Butterfly yang telah diumumkann untuk pasaran Jepun sebelum ini. Seperti biasa, ia membawakan rekaan keluarga Butterfly dengan sedikit perubahan padanya.

HTC Butterfly 3 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 2K (QHD), dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta mengekalkan sokongan kalis air dan debu IPX5/IPX7 seperti pada peranti keluarga Butterfly sebelum ini.

HTC Butterfly 3

Telefon pintar ini juga turut menyertakan kamera belakanng 20-megapixel Duo-Camera yang menyokong rakaman video 4K, serta kamera selfie hadapan 13-megapixel.

HTC turut memberikan fokus terhadap sokongan audio pada peranti ini, dimana ia hadir dengan sokongan DolbyAudio, dan pengguna turut boleh menghubungkan ia kepada peranti lain seperti speaker menggunakan HTC Connect.

Telefon pintar ini hadir dengan Sense 7 yang membawakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan pilihan tema berbeza mengikut citarasa pengguna.

HTC Butterfly 3 ini akan dijual di Taiwan bermula pertengahan Oktober ini, dan mungkin kita akan melihat ia hadir ke beberapa pasaran Asia lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd