PS4 System Software Update 3.0 Akan Ditawarkan Bermula Esok

PS4 System Software Update 3.0 Akan Ditawarkan Bermula Esok

Diterbitkan pada Sep 29, 2015 oleh .

Sony telah memulakan ujian beta untuk PS4 System Software Update 3.0 sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini mereka mengumumkan secara rasmi, yang mana para pengguna PlayStation 4 seluruh dunia boleh memuat-turun kemaskini dengan nama kod “Kenshin” ini bermula esok.

Sony mengatakan kemaskini ini memfokuskan kepada membolehkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan diseluruh dunia, sekaligus memperluaskan penawaran dan integrasi sosial pada PlayStation 4.

PS4 System Software 3.0

Melalui kemaskini baru ini kelak, pengguna boleh membuat perkongsian klip video sepanjang 10 saat terus ke Twitter. Fungsi ini merupakan penambahan daripada penawaran perkongsian ke YouTube, dan Facebook yang telah ditawarkan sebelum ini.

Disamping itu, memfokuskan kepada perkongsian video, Sony juga kini mengintegrasikan sokongan YouTube Live yang membolehkan penstriman daripada PlayStation 4 terus ke YouTube.

PS4 System Software 3.0

PS4 System Software Update 3.0 juga turut membolehkan pengguna menyimpan gambar rakaman skrin dalam pilihan JPG atau PNG, selain kebolehan pengguna melihat pelbagai aktiviti dalam permainan melalui hab Events.

PS4 System Software 3.0

Sony juga turut menambah-baik sokongan komuniti dan permesejan, termasuk integrasi sokongan Sticker pada ruangan permesejan. Pelbagai fungsi lain juga turut disertakan bersama-sama kemaskini PS4 System Software Update 3.0 ini.

PS4 System Software 3.0

Bagi anda yang memiliki PlayStation 4, anda boleh menyemak dan memulakan kemaskini sistem konsol anda bermula esok – 30 September 2015.


TIPS & ULASAN