Cari @ Amanz

Google hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Nexus daripada Huawei, dinamakan sebagai Nexus 6P. Melalui Nexus 6P, Google dan Huawei bersama-sama menyertakan pelbagai ciri-ciri premium padanya dalam menawarkan pengalaman penggunaan Android yang baik dan asli.

Seperti tertiris sebelum ini, Nexus 6P hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci pada resolusi QHD, menggunakan binaan berasaskan aluminimum, dan dijana dengan Snapdragon 810. Telefon pintar ini menggunakan memori 3GB RAM, serta bateri berkapasiti 3450mAh.

Google Nexus 6P

Google Nexus 6P

Google Nexus 6P

Telefon pintar ini turut menyertakan sebuah sensor tambahan dinamakan Android Sensor Hub yang membolehkan paparan diaktifkan apabila anda mengambil peranti, selain mengoptimasikan penggunaan bateri.

Nexus 6P turut hadir menggunakan USB Type-C, serta dilengkapi pengimbas cap jari yang Google memanggilnya sebagai Nexus Imprint. Pengguna boleh menggunakan ia untuk nyah-kunci skrin, atau untuk melakukan pembayaran.

Disamping itu, Google turut menekankan kepada penggunaan kamera. Google mengatakan Nexus 6P menyertakan sensor kamera terbaik pada keluarga Nexus sehingga kini.

Google Nexus 6P

Nexus 6P menggunakan kamera belakang 12.3-megapixel yang hadir dengan sokongan rakaman video gerak-perlahan dan juga kebolehan rakaman video 4K. Ia turut dilengkapi dengan sokongan OIS bersama-sama dengannya.

Nexus 2015

Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara melalui Google Store. Memandangkan Huawei agak aktif dalam penawaran peranti mereka di Malaysia, ia tidak mustahil untuk kita turut melihatnya hadir ke pasaran tempatan. Nexus 6P membawakan tanda harga bermula $499 (~RM2225).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd