Google Mengumumkan Nexus 5X Daripada LG – Dilengkapi Cip Snapdragon 808 Dan Android 6.0 Marshmallow

Google Mengumumkan Nexus 5X Daripada LG – Dilengkapi Cip Snapdragon 808 Dan Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Sep 30, 2015 oleh .

Bersama-sama pengumuman Nexus 6P daripada Huawei, Google juga turut mengumumkan satu lagi telefon pintar Nexus, iaitu daripada pihak LG, dikenali dengan nama Nexus 5X.

Nexus 5X

Nexus 5X membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 808. Peranti dengan resolusi paparan 1080p ini membawakan kamera belakang 12-megapixel, serta dilengkapi fungsi seperti USB Type-C dan pengimbas cap jari dinamakan Nexus Imprint.

Telefon pintar ini membawakan spesifikasi seidkit rendah berbanding dengan Huawei Nexus 6P, tetapi masih menawarkan pelbagai ciri-ciri yang sama, termasuk penggunaan sistem operasi Android 6.0 Mashmallow yang terkini.

Nexus 2015

Seperti Nexus 6P, Nexus 5X ini akan turut ditawarkan melalui Google Store, pada harga jualan bermula $379 (~RM1690). Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG akan menawarkannya di Malaysia atau tidak.


TIPS & ULASAN