Android 6.0 Marshmallow Ditawarkan Kepada Pengguna Peranti Nexus Sedia Ada Bermula Minggu Hadapan

Android 6.0 Marshmallow Ditawarkan Kepada Pengguna Peranti Nexus Sedia Ada Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 30, 2015 oleh .

Google hari ini selain memperkenalkan telefon pintar Nexus yang baru, mereka turut sama mengumumkan yang mana pengguna peranti Nexus sedia ada akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow bermula daripada minggu hadapan.

Android 6.0 Marshmallow

Peranti yang akan menerimanya adalah termasuk Nexus 6, Nexus 5, Nexus 7 2013, Nexus 9 dan juga Nexus Player. Seperti sebelum ini, Google dijangka memperkenalkan kemaskini OTA secara berperingkat kepada semua pengguna peranti Nexus ini.

Google turut menyentuh mengenai beberapa fungsi yang akan dibawakan oleh Android 6.0 Marshmallow ini, termasuk animasi tetingkap yang baru, kebolehan untuk mengawal kebenaran untuk sesuatu aplikasi, pengoptimasian penggunaan bateri, dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, pengeluar lain masih belum mengumumkan bilakah peranti keluaran mereka akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow ini.


TIPS & ULASAN