Cari @ Amanz

Chromecast merupakan salah satu peranti yang membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada televisyen, dan kemudian mengawal kandungan yang dipaparkan terus melalui telefon atau tablet. Ia telah diperkenalkan sebelum ini dalam bentuk dongle HDMI, dan hari ini pihak Google mengumumkan kemaskini untuknya.

Google Chromecast 2

Google Chromecast 2 ini turut menawarkan sokongan sambungan melalui HDMI, tetapi membawakan rekaan yang baru dengan penambah-baikkan pada teknologinya. Ia kini menyertakan badan berbentuk bulat, dan kabel HDMI yang lebih mesra dihubungkan ke televisyen.

Google mengatakan kini pengguna boleh menikmati sambungan rangkaian WiFi yang lebih laju dan stabil – serta menyertakan sehingga tiga antena untuk memastikan sambungan anda tidak terganggu.

Google Chromecast 2

Google Chromecast 2

Google masih mengekalkan harga jualannya seperti sebelum ini, iaitu $35 (~RM156), dan akan ditawarkan di lebih 17 buah negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd