Carian
Twitter Sedang Merancang Kepada Kebolehan Pengguna Menghantar Tweet Melangkaui 140 Aksara
September 30, 2015 Aman

TwitterTwitter merupakan salah satu perkhidmatan laman sosial mikro yang terkenal kerana had perkongsian kepada 140-aksara sahaja. Ini membolehkan pelbagai respon dibalas dengan pantas dan ringkas, serta menjadikan perkhidmatan tersebut sendiri sedikit unik berbanding yang lain.

Terkini, ia dilaporkan Twitter sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam membolehkan pengguna menghantar Tweet dengan melangkaui 140-aksara. Sebelum ini, Twitter telah membolehkan penggunaan Direct Message menggunakan aksara tanpa had, dan kini sedang melihat kepada beberapa kaedah untuk memperluaskan penggunaan Tweet biasa tanpa memberikan kesan kepada pengguna.

Pada hari ini sendiri, sejumlah pengguna berkongsi penulisan yang panjang melalui beberapa perkhidmatan yang menghantar Tweet satu demi satu yang dipautkan semuanya, selain turut menggunakan rakaman paparan skrin dengan teks untuk berkongsi.

Twitter sendiri sebelum ini telah memperluaskan penggunaan aksara dengan membolehkan pengguna menambah komen berasingan untuk sesuatu Tweet berbanding dulu.

Ia dikatakan beberapa perkara yang mungkin dilihat oleh Twitter adalah termasuk tidak mengambil kira nama pengguna, gambar dan pautan dalam kiraan Tweet.

Mungkin juga Twitter hadir dengan produk atau penawaran berbeza yang membolehkan pengguna berkongsi penulisan panjang mereka – seperti yang telah diimplementasikan pada Facebook dan LinkedIn.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Twitter akan mengimplementasikannya.

Komen