Sony Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Keseluruhan Peranti Keluarga Xperia Z5

Sony Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Keseluruhan Peranti Keluarga Xperia Z5

Diterbitkan pada Sep 30, 2015 oleh .

Sony Malaysia telah memperkenalkan peranti dibawah keluarga Xperia Z5 sebelum ini, dan turut memulakan pendaftaran minat untuk Xperia Z5 Compact. Hari ini, mereka turut memperluaskannya dengan turut membuka pendaftaran minat untuk Xperia Z5 Premium dan juga Xperia Z5.

Sony Xperia Z5 Premium

Keluarga Xperia Z5 hadir dengan penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 810 terkini, memori 3GB RAM, dilengkapi dengan kamera belakang 23-megapixel, serta menyertakan sokongan kalis air dan debu. Seperti biasa, ia membawakan kualiti binaan yang baik daripada Sony, serta turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Xperia Z5 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, sementara Xperia Z5 Compact pula membawakan skrin bersaiz 4.6-inci. Bagi anda yang meminati peranti bersaiz besar, Xperia Z5 Premium hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 4K.

Buat masa ini, Sony tidak mengumumkan sebarang harga jualannya, tetapi hanya mengatakan pengguna yang mendaftar minat akan menerima notifikasi dan info lebih awal daripada yang lain.

Daftar Minat – Xperia Z5


TIPS & ULASAN