Cari @ Amanz

BlackBerry telah mengesahkan mereka sedang membangunkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Android dengan penambahan sekuriti dan produktiviti daripada pihak BlackBerry. CEO BlackBerry sendiri telah memperlihatkannya kepada beberapa media di Kanada, dan hari ini, BlackBerry secara rasminya menerbitkan gambar awal untuk peranti yang bakal hadir ini.

BlackBerry Priv

Melalui gambar yang diperlihatkan, BlackBerry dilihat memfokuskan kepada penggunaan papan kekunci fizikal mereka, yang mana boleh diluncurkan dan disembunyikan. Papan kekunci ini turut boleh berfungsi sebagai trackpad ketika melayari web, membaca dokumen dan beberapa aplikasi lain.

BlackBerry mengatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut mengenai peranti ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd