Instagram Mula Memperlihatkan Iklan Untuk Pengguna Malaysia

Instagram Mula Memperlihatkan Iklan Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Sep 30, 2015 oleh .

Instagram yang dimiliki oleh Facebook telah mengumumkan beberapa minggu lepas yang mana mereka akan mula memaparkan iklan kepada pengguna mereka bermula penghujung bulan ini. Kini, nampaknya ia telah pun dimulakan, dan pengiklan terawal yang menggunakan platform Instagram untuk tujuan tersebut adalah Lazada Malaysia.

Instagram Ad

Melalui pengiklanan di Instagram, ia membawakan beberapa fungsi tambahan, termasuk kebolehan untuk tatal gambar ke kiri dan kekanan, selain membolehkan pengiklan menambah pautan ke perkhidmatan mereka. Pengiklan juga mempunyai kelebihan untuk memaparkan video di Instagram untuk tempoh yang lebih lama berbanding dengan pengguna umum.

Instagram melabelkan gambar yang dipaparkan sebagai “Sponsored”, sekaligus memudahkan pengguna membezakannya berbanding dengan perkongsian rakan-rakan mereka.

Daripada apa yang kami lihat, paparan iklan pada Instagram tidak begitu menganggu. Ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah kadar efektif iklan Instagram kepada pengiklan buat masa ini – namun, ia tidak boleh disangkalkan yang mana ia akan membantu dari segi penjenamaan dan promosi barangan mereka.


TIPS & ULASAN