Carian
Need for Speed No Limits Sedia Untuk Dimuat-Turun Pada Android
September 30, 2015 Aman

Bagi para peminat permainan berbentuk lumba kereta, hari ini Electronic Arts secara rasminya telah menerbitkan permainan lumba kereta mereka secara rasminya untuk pengguna seluruh dunia, sekaligus membolehkan pengguna memuat-turun dan memainkannya pada peranti mudah-alih mereka.

NFS No Limits

Need for Speed No Limits menawarkan pelbagai pilihan kenderaan, serta memerlukan pemain berlumba untuk memenangi takhta di kawasan – dan pada masa yang sama melanggar peraturan dan mengelak daripada polis.

Need for Speed No Limits ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun dan memainkannya pada peranti anda hari ini. Versi untuk iPhone dan iPad dijangka akan diterbitkan dalam beberapa jam lagi.

Komen