Cari @ Amanz

Peranti dengan skrin dan kamera hadapan berkembar LG V10 diperlihatkan secara rasmi hari ini oleh LG. Peranti dalam keluarga V ini mementingkan bahan binaan premium yang dipadankan dengan spesifikasi tinggi. Skrin hadapan utama sebesar 5.7″ dengan resolusi QHD. Skrin sekunder di bahagian atas adalah lebih kecil dan akan sentiasa hidup apabila skrin utama dimatikan. Ia boleh memaparkan notifikasi, maklumat terkini serta tahap bateri. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti yang wujud pada peranti S6 Edge keluaran Samsung.

LG-V10-2

Kamera 5 Megapixel berkembar pada bahagian hadapan pula membolehkan gambar 3D diambil. Ini adalah peranti pertama dengan kamera hadapan berkembar. Spesifikasi lain V10 adalah sama seperti G4 yang hadir sebelum ini. Perbezaan adalah skrin yang tidak melengkung serta bahan binaan aluminium dan silikon. Pemproses masih lagi Snapdragon 808, RAM, RAM 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Bateri 3000 mAh yang digunakan boleh ditanggalkan sekiranya perlu. Kamera utama 16 Megapixel f/1.8 mempunyai pemfokusan laser. Fungsi menarik kamera utama peranti ini ialah kawalan manual ketika mengambil video. Pengguna boleh mengawal tahap ISO, kelajuan framerate dan mengambil video pada nisbah 21:9.

LG V10 akan mula dijual di Korea Selatan bulan ini sebelum terjual ke pasaran dunia.  Lima pilihan warna diberikan oleh LG. Harga jualan masih belum diketahui buat masa ini.

LG-V10-4

LG-V10-1  LG-V10-3

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd