Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini U Mobile telah berkongsi perancangan mereka untuk tahun ini bagi meluaskan kawasan liputan perkhidmatan 4G mereka, membolehkan lebih ramai lagi pengguna menikmati internet yang laju pada harga yang rendah. Harini bagi memulakan suku terakhir tahun ini U Mobile telah berkongsi yang fasa pertama perluasan kawasan liputan mereka telah selesai lebih awal dari sasaran mereka.

Umobile-Q3 update

Sehingga kini, pada tahun ini U Mobile telah menyiapkan penambahan 1,000 tapak pemancar kawasan liputan 4G LTE di seluruh Malaysia. Malah beberapa kawasan juga telah diliputi dengan kelajuan internet 75 Mbps, membolehkan lebih ramai pengguna rangkaian U Mobile pada kelajuaan yang lebih tinggi. Antara negeri kawasan baru yang mendapat liputan 4G U Mobile termasuklah Semenyih, Cyberjaya, Mantin, Labu, Bandar Baru Enstek, Masai, Ulu Tiram, Nusajaya dan banyak lagi. Bagi negeri lain, mereka menyasarkan untuk menambahnya pada tahun mendatang seperti Pulau Pinang menjelang pertengahan tahun 2016, Pantai Timur pada tahun hadapan dan Melaka pada awal tahun 2017.

Untuk perancangan mereka yang seterusnya, U Mobile merancang untuk menambah sehingga 5,000 tapak pemancar kawasan liputan terbaru dalam tempoh 5 tahun, sekaligus mengurangkan kebergantungan mereka terhadap tapak pemancar kepunyaan syarikat telekomunikasi yang lain. Mereka juga turut merancang untuk menambah perkhidmatan terbaru seperti perkhidmatan suara menggunakan LTE ( VoLTE- Voice over LTE) dan akan memperkenalkan perkhidmatan 5G tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd