Cari @ Amanz

Kamera terbaik pada peranti mudah alih kini dimiliki oleh Sony Xperia Z5 menurut laman DxO. Kamera 23 Megapixel Z5 diberikan 87 markah dan ini adalah jauh lebih baik berbanding juara sebelum ini Galaxy S6 Edge dengan 86 markah. Sistem pemfokusan yang pantas, penghasilan warna yang tepat serta kualiti gambar yang baik di dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Dari segi video pula ia mempunyai penstabilan video terbaik walaupun tidak dilengkapi sistem OIS.

DXO mark Z5 1

 

Sony memang terkenal dengan teknologi kamera mereka dan nampaknya kemahiran mereka di dalam bidang optik digunakan pada Z5. Ini meletakkan Sony Xperia Z5 di atas Galaxy S6 Edge, Google Nexus 6P, LG G4 dan Galaxy Note 4. Laman ini masih belum melakukan ujian ke atas iPhone 6S. Sama-sama kini nantikan keputusannya dan melihat sama ada ia lebih baik dari Z5.

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd